top of page

TIPS PENJAGAAN LUKA ( Cosmetic Surgery atau Plastic Surgery clinic)

Updated: Jun 23, 2022

TIPS PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN SETELAH DIBENARKAN DISCHARGE DARI WAD

Masa yang paling di tunggu-tunggu setelah selesai rawatan adalah apabila doktor memberi keizinan untuk pulang ke rumah.

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk memastikan luka sembuh dengan baik.

1) BAGAIMANA MENGAWASI LUKA DARIPADA TANDA TANDA JANGKITAN KUMAN?

Jangkitan kuman pada luka jahitan akan mengakibatkan keradangan kulit atau 'inflammation'. Tanda keradangan ini adalah sakit, kulit kemerahan, bengkak, ada cecair seperti nanah atau discharge, dan rasa kesakitan. Jika ini berlaku, segera berjumpa doktor yang merawat.

Jangkitan kuman yang dibiarkan melarat di kawasan jahitan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kesan samping seperti luka terbuka.

2) BOLEHKAH LUKA TERKENA AIR MANDIAN ATAU SABUN?

Tempoh selama mana luka sepatutnya dibiarkan kering bergantung kepada pakar bedah yang melakukan jahitan tersebut. Bagi saya, untuk luka di muka saya sarankan dielakkan terkena air dalam masa 2 ke 3 hari pertama.

Setelah itu, boleh dilalukan air bersih tetapi tanpa sabun atau bahan kimia lain. Namun, jika ada keraguan, segera bertanya doktor.

Dressings dari ward seeloknya dibuang selepas hari kedua pembedahan. Bagi kanak-kanak kecil, jika risau akan menggaru luka, setelah disapu ubat cmc, plaster baru boleh ditampal dan dibiarkan selama sehari dua sebelum digantikan.

2) PERLUKAH MENGGUNAKAN SAPUAN ANTIBIOTIC DAN BERAPA LAMA?

Antibiotic terdiri dari jenis sapuan seperti chloramphenicol atau cmc dan jenis yang dimakan seperti augmentin atau lain-lain.

Samada antibiotics perlu atau tidak, ini akan bergantung juga kepada doktor yang merawat. Namun apa yang penting, jika antibiotic diberi, amat penting untuk mengikut dos dan waktu yang tepat.

Sekiranya antibiotic tidak dihabiskan secara tepat, fenomena resistance boleh berlaku di mana bakteria menjadi kuat dan antibiotic tidak dapat bertindak lagi.


Tips ini berguna untuk semua prosedure seperti aesthetic plastic surgery, liposuction, breast augmentation.

11 views0 comments
bottom of page